Esok nk balik kl dh. Alhamdulillah dpt jugak ziarah pusara anak3 syurga aku jap ni td. Pusara syg3 smua dh mula subur dgn rumput. Maafkan ibu yer syg sbb baru hari ni dpt jenguk syg3 semua. Td ibu dgn abah dh buang separuh rumput tu..nati ibu dtg lg, ibu bersihkan yer. Nati ibu letak batu nisan, hias tempat tdo syg3 bg cantik2. Hurm..Tanpa setitik airmata,aku berdoa moga berjumpa dgn mereka satu masa nanti. Tnpa airmata,bukan bermakna aku lupa. Bukan bermakna aku xsyg. Bukan bermakna aku x rindu. Tp itulah makna kekuatan. Kalo empangan kekuatan aku pecah,maka mungkin terhambur jugak air mata ni. Tp Alhmdulillah, kekuatan aku pon dtg dariNYA. Semua pon dariNYA. Aku belajar sesuatu dr mereka. Kasih syg sesama insan,setakat hnya didunia..kasih syg illahi bawa pergi sampai mati. Sesyg mcm mana pon kita pd mereka,jika DIA berkehendakkan,maka DIA akn ambil tnpa isyarat. Akan tarik tanpa alamat. Siapalah kita untuk menyekat. Redha bhawa ini suatu rahmat. Ibu sayang kamu semua,walau kita tidak di dunia sekali.semoga kasih syg kita bertaut di sana nanti!
Terima kasih ya rabbi kerana kurniakan mereka buat diriku ini..
Walau sekejap cuma,
cukup buatku bahagia
Walau seketika sgt bermakna
Walau pinjamanmu tidak lama,
Ianya sgt berharga
Akan aku kenang sampai bila2
Kerna sesungguhnya
Kasih syg antara kami bawa hingga ke syurga
![]() |
| Encik asben curik2 amik gmbo dr dlm keta. Masa ni nk balik dh. Rasa cam xnk balik je |
-Sayang ibu-
Muhammad wildan
Nur nawar jannah
Nur naurah raudhah



No comments:
Post a Comment