Monday, September 28, 2015

mencari DIA

Assalamualaikum
Dari td aku terjaga.kelipok2 bijik mata ni ha,xboleh tdo. Xsuka bila tdo dlm kadaan xbersedia. Sebenarnya sblm ttdo td,aku nk mandi,nk solat..tp sbb terlalu letih sbb bjalan,maka tertidurlah aku dlm kadaan xbersedia. Mujurla terjaga..lebih molek lg terjaga pd 2/3 malam. Boleh solat sunat extra:) ckp bab solat, aku tanam dlm hati,nk buat solat sunat tu mcm solat fardu. Setakat ni..alhamdulillah..aku dh mula didik diri utk solat sunat. Berat. Mmg berat. Xtipu. Kita ni manusia biasa..sedangkan yg fardu pon kdg2 kita mngeluh,apatah lg yg sunat.Tp sebenarnya..sunat ni la yg bnyak menampung cacat cela solat fardu kita.
Ambil wudhu xsampai 2min. Solat xsampai 10min..tp itupon susah. Nk yg baik2 je. Xnk neraka,nk syurga..tp amalan?kelaut semua. Cemana tu? Nk umo pjg. Nk murah rezki. Nk jd kaya. Nak itu. Nak ini. Tp kita lupa cari Allah. Nk bnda2 tu terbentang depan mata..sedangkn bnda2 mcm tu,kita kena mtk pd DIA. Haihla. Bertahun kita hidup..umo pon dh dekat sedekad..cuba tgok apa amalan kita? Sedihkan? Mati anytime. Masa mati tu xtaula cemana kadaan kita. Kita dipilih Allah utk hidup atas muka bumi ni. Sbb apa Allah pilih kita? Bukan sja2 nk pilih tau. Sbb Allah nk uji. Hidup pun ujian sebenarnya. Allah nk tgok sejauhmana iman kita. Sejauh mana kita mampu kembali kepadaNya setelah apa yg diberikan kepada kita selama ni. Jd gunakan masa yg ada, utk dekatkan diri pdNYA. Jd, jomla kita muhasabah diri. Masing2 ada ujian tersendiri. Tp berbaliklah kita pd DIA. DIA lebih mengetahui apa yg berlaku. Lgi kita dekat..lagi kita berlari pd DIA..dia lgi semakin menghampiri kita. Subhanallah. Semoga tulisan ini, beri peringatan pd diriku sendiri dan pd yg lain jugak. Wallahualam.


Friday, September 25, 2015

luahan perasaan..

Assalamualaikum

Berlari aku. Terus berlari.
Berlari mencari sesuatu yg xpasti
Jgn ditoleh kebelakang lagi
Kedepan kita membawa diri
Walau ditoreh sapai berdarah..ianya hanya kenangan yg indah..

Berlari aku. Terus berlari.
Mencari tempat memaksikan diri. Di suatu sudut tegak terpatri 
Jiwa penat. Hati tenat. Badan berat. Rasa x larat. Hilang kudrat.
Susah utk di luah. Sukar utk ditelah. Bagaimana harus dicelah? Setelah jiwa hampir musnah. Punah ranah.

Tak mudah tanam harapan
Bukan senang bina impian
Takot..takot ianya mengecewakn
Hanya sekadar angan2 dan igauan
Ngeri jika ianya cuma byg2 gurauan

Dikelilingi bunga yg segar
Aku di sini bagaikan terpagar
Mestikah aku gusar?
Gusar dgn ujian yg acapkali melewar

Aku?
Mungkin tabah
Xpernah tunduk dgn kalah
Aku cuba buat2 gagah
Berlakon tidak nampak lemah
Walhal sebenarnya lelah..

Gmbar selingan..pinjam ank org sat. *Masa kenduri qiqah aritu-bam2 ngaddddd*




Thursday, September 24, 2015

RAYA AIDILADHA

Bismillahirahmanirrahim
Assaalamualaaikum

Buat semua kengkawan..selamat hari raya aidiladha. Pg2 td gi mesejid soltan mizan..solat raya ngan cik uni. Cik uni ni bff mak aku masa mak aku dok ngan aku kt cni. So,disbbkan encik asben keje arini,maka aku tumpang keta cik uni jela pi mesejid nu. Sempat berselpie sat. Huhu.
Me & cik uni
Wefie slps balik solat. Sian org tu raya pakai unipom;)





Wednesday, September 23, 2015

Mancing!! weeeee!

Assalamualaikum
Org lain dok sibuk prepare nk raya esok..aku plak baik pnye teman asben aku gi mancing. Sedeh woo xbalik raya. Xpala,itu pilihan aku. Aku boleh balik sebenarnya, tp aku masih trauma apa yg jd masa raya puasa tempoh hari. Kebetulan sok,asben aku plak keje. Jd sbgai isteri solehah,aku kena berada disamping dia,kan?ececeh. Solehah ngadddd. Hehe. Ni pic2 tempt mancing ni ha. Semua jejantan. Aku sorg je ayu. Hehe. Asben aku kaki mancing. Tgn dia mmg luck. Sentiasa je bwk balik ikan beso kalo mancing. Tp since aku preggy,aku mmg sekat giler hobi die yg satu ni. Nehi. Nehi. Tp lepas dh xde mnde,dh berdua balik ni..ok,aku bg die continue semula hobi die. Sian dh lama xpraktik..tgn dh ilang skill.hehe. Dr aritu mancing,sekor pon xsangkut..arini xtaula apa nasib. Dh masuk 2 jam..yelek pocik. Kesimpulan aku, sapa yg mancing, tahap kesabaran mmg power walaupon dia bkn jenih yg penyabar. Haha

Bertahun kawen..ni 1st time hakak ikut asben gi mancing. Sja tgok btoi ka dia mancing. Hehe

Taraaaaa! Finally, Mngsa pertama setelah hampir 3 jam tercogok. Beso ikan ni. Tgh pikir nk masak ape.


CERITA SEMALAM
Cerita semalam mungkin related dgn cerita hari ini. Semlm aku deal ngan asben..kalo die teman aku tgok muvee,maka aku akan teman dia utk gi mancing. Maka,di pendekkan citer, smlm die teman la aku ke tgok muvee. Ni peberet aku. Kesukaan kami sgt bercanggah,kan? Lgsung xseia ,lgsung xsekata. Haha. Maka yg brlaku hari ini,adalah disebabkan jnji aku smlm tu la. Smlm aku tgok maze runner. Masa maze runner yg pertama,gigih aku pi tgok muvee tu sorg2. Yg maze kedua ni,jenuh aku pujuk asben,temankan aku tgok muvee..nasib aku ade idea,terpaksa wat deal mcm tu la.Hehe. Semlm nk hadpate belog, x sempat..jd aku combine arini ngan semlm. Okeyla tu. Tiket muvee..kussemangat..pitam jap. Adik konter tu ckp,kalo citer box opis,mmg mahal. Layan jela..
SelP sket. Lepas tgok muvee ngeteh sat






Monday, September 21, 2015

fettuccini carbonara

Assalamualaikum

Arini encik asben keje 24H..so,kemalasan nk masak melanda diri. Alah,setakat tekak seniri,apedehal. Maka aku pon mula la godek2 peti ais,tgok menu bujang mnde yg aku nk masak. Ok..aku decide nk buat fettuccine carbonara. Xpenah buat. Tp penah makan sekali. Makan kt hotel mane tah,lame dulu. Chef masak mmg le sedap.hehe. aku jrg masak western,stakat burger tu adelah aku buat. Hehe. Naaaa...amik resepi kt bawah ni.kot2 ade yg terhinginnnnnnn kang..

Kompem la jd sbb instant..cuma tmbah bnda yg perlu je. Hopefully ianye sedap laaaaa.


Nampak je xbest..tp mabelessssss oo

Ok. Dh selamat masuk perot. Wow.not bad air tgn aku. Haha-asben xde,tgh keje,maka puji diri seniri la..
Rugi sapa x terai. Spaghetti xde, tp aku gantikan dgn makaroni.eleh,kita buat die,bukan die wat kite. Campak je la yg mana ada tu..
Ni ha resepinye:-

Fettuccini carbonara
3 ulas bwg putih-tumbuk halus
1 biji bawang holland-potong dadu
Sedikit daun pasley @ daun sup-dihiris
Capsicum @ lada benggala
Isi ayam atau sosej

Cara-cara
1)Tumis bawang putih dan bawang holland hingga naik bau
2) sosej atau isi ayam
3) masukkan daun pasley
4) masukkan PREGO CARBONARA
5) sedikit air,lada sulah, garam
6) last skali,capsicum
7) siap!! Sdia utk makan.nyummy2







Friday, September 18, 2015

Down satt:'(

Bismillahirrahmanirrahim
Dari semalam terbawak sapai arini..down jer rasa:( Allah...xsuka nye perasaan mcm ni. Ingat dh ok,tp tulah..bnda melibatkan perasaan,empunya badan sendiri pon xleh jawab. Bkn apa..aku tgok ramai sgt retis la apa la, dok upload pasal bsalin. Veranak bagai. Tu belom masuk yg sarat. Upload mcm2. Sedeh. Rasa nk nangehhhh. Cemana aku nk berhadapan dgn dunia lua. Setakat ni masih 'zon selamat' sbb masih terperuk di rumah. Xtahu bila stat kerja sok. Cemana aku nak lalui?? Hurmm..tupon sehingga takat ni,dh dpt undangn aqiqah dr bberapa sedara mara. Sabar. Kuat. Xsemua dpt ujian. Yg terpilih je. Ingat tu?!

MIMPI
Aku rasa down..sehinggakn malam td, aku termimpi2 bunuh cicak. Tp apa kaitan cicak dgn perasaan aku tu? X related lgsung. Haha! Tp tulah..jenuh gugel pg ni,mksud mimpi aku. Tp x dpt mksud yg spesifik,cuma ertinya lebih kpd baik2 je la. Ok la tu. Nak caya sgt pon xboleh, sbb org kate mimpikan mainan syaitan? Tp kalo betol yg baik2 je,alhamdulillah..

Tuesday, September 15, 2015

perkongsian isu semasa

Assalamualaikum

Fresh dari ladang-baru sat ni snap. View dr balcony umah IPU cecah 158

Gmbar semalam 14/9/2015

Nk kua beli barang pon pikir 10x dgn kadaan mcm ni. Asben aku pon dh mula sakit tekak. Sesape yg nk kua,di harap agar memakai mask. Sayangi paru2 anda. Untung murid dpt cuti. cikgu pun dpt cuti. Cuti sebulan pon xpe,xde spe kisah. Tp boleh bygkan x, kalo semua spital cuti sehari? Sehari je. Xyah lame2. Ape jd ek? Hehe. Pikirla seniri. Mls nk pikir.

Ujian



Jumaat lepas negara dikejutkan dgn insiden runtuhan kren di mekah almukaramah..setakat ni 5 mgsa dr mesia terkorban. Lg dua masih dlm pencarian. Innalillahiwainailaihirojiun. Sungguh besar ujian buat keluarga terlibat. Aku harap mereka semua kuat. Sabar redha-->ganjarannye sangat besar seperti perkongsian ustazah yasmin mogahed
Allah xkan bg bnda yang xbaik pd umatNYA,melainkan bnda yang baik2 shj. Untuk kita yg beriman,kita xkan bersangka buruk pd keputusan Allah. Tidak akan marah, dan tidak akan pertikaikan..jugak tidak akan mnyebut.. "why me?!" 
Mcm mana nk bezakan antara ianya hukuman atau rahmat? Blessing or punishment? It depends on our respons. 
Kalo tindakbalas kita sabar dan redha,itu adalah rahmat. Begitulah jugak sebaliknya. Jika kita marah2 dgn apa yg berlaku..ianya sebenarnya hukuman utk kita.
It may not easy for us. We're struggling. Allah rewards for that. For the struggle. Remember that.
So..for those yg dipilih utk terima ujian Allah..sabar dan redha is the key. Allah wants to put us in the highest level. MashaAllah.







Monday, September 14, 2015

MELAKA PART 2


MELAKA
PART 2

Kami ada jugak singgah di dataran pahlawan,megamall melaka. Pi sana pon sbb nk cari manopod. Terlupa pulak nk bwk monopod. Jd,singgahlah kejap kt ctu. Nk tgok cemana rupe mall tu,gugel la seniri. Aku pon masuk xlame. Jumpe je..tros keluar,xtoleh kiri kanan dh.hihi.

Petang tu sambil2 jln..tnya org pulak kt mana jonker walk. Xjauh rupanya dr bngunan merah tu. Masa kami pegi..petang khamis. Cuma ada deretan kedai. Mlm weekend, baru ada jual2 mcm pasar mlm tu. Xsempat la aku pegi sbb nk balik dh. Tp kalo tgok gugel..mmg meriah. Pon xsnap gmba. Xlarat la nk snap. Byk sgt dh gmbo.hehe

Asam pedas claypot @ kota laksamana

Bangunan merah @ stadthyus view dari surau warisan


Kota a famosa

View dari atas -gigih aku panjat tangga tu tau


Kota sejarah..kota yang banyak kucing. Semua kucing2 kat ctu frenly dan xtakot org


StreetArt

Penunggu tangga a famosa

Galeri Rumah terbalik

Kemain aku pusing nek keta ngan asben,cari umah terbalik ni,rupanya belakang hotel kami jer. Ni pun masa nk balik dh,baru perasan. Selak curtain,napak dh. Pic ni aku amik dr tingkap bilik je. Hehe. Tp kami xsempat pgi. Tgoklah. Next time,kalo ada rezki..boleh la pg.
Pantai klebang

Sebelum balik,kami sempt singgah di Pantai Klebang. Napak sunyi. Mungkin sbb weekday plus plak jerebu. Jerebu mmg teruk. Pic atas ni,aku cuma snap dr dlm keta. Bas tu semua hotel. Teringin plak rasa tido dlm BUSTEL

KESIMPULAN
Kesimpulannya..percutian setakat 2hri 1 mlm,mmg x cukup. Xsempat nk pusing semua. Kt sana mmg byk tempat yg menarik. Pling best semua dekat2. Ada byk muzium. Ada muzium setem,muzium rakyat,muzium senibina,muzium islam muzium kapal selam,muzium samudera & byk lgi la. Sana pon byk kucem. Dhle asben aku ni cat luver. Dlm beg dh siap simpan wiskas. Pantang jumpe kucem,bnti kasi makan. Apepon mmg aku enjoyed vacation ni, tp sorry la..pada sesape yg tau aku gi melaka tu, ckp siap2,mmg xde souvenir utk korg.  Sbb mmg xbeli ape,niat hati ade jugak nk beli velacan ke,cencalok ke..tp asben ckp xyah beli dulu -bunyinye mcm akan dtg lg je ke situ .hehe. in sha allah. 
Tp maaflah..xleh nk update beria sgt. Maklumlah.. Update sumer via hp. Payah oo nk ejas. Oklah..semoga perkongsian dr aku mmbantu pd sesapa yg masih tercari2 nk holiday di mana.
Wassalam....




















Sunday, September 13, 2015

MELAKA PART 1



MELAKA
PART 1
Hari khamis kelmarin, aku ngan asben bertolak subuh2 ke Melaka,kota bersejarah. Sja pegi sana,cari ketenangan. Jalan2. Pusing2. Makan angin. Jom layan bberapa pic yg aku smpat snap.

Masa ni otw gi sana. g pon gamble je. Nasib mr wave,map, gugel ada. Nasib x sesat.hehe

Muzium samudera

Tempat pertama aku pg, Tiket price rm5 for adult yg ada mykad. Sapa minat sejarah bab2 perdagangan melaka,nilah tempatnye. Aku xsuke bce. Sekadar tgok dan amik2 gmbo je. Nway, napak mcm suwit kapel x gmbo ateh tu?


Asam pedas selera kampung
Pic-ihsan dr gugel.xsempat snap sbb dh lapo sgt.hehe

Ni antara kedai makan yg pemes kt sana. Kedai tu mmg dh sediakan lauk sepinggan2 siap2. Pilih je menu ape yg korang nk. Aritu aku amik kcg pjg goreng,ulaman dan asam pedas jenahak. Lauk asben pulak hnye masak lemak siput sedut. Total rm34++,including gst. Masakan? Sedap gak.



Hotel seri costa
Sini la kami lepak
Felda punye hotel. Not bad. Tgh2 bandar.
Strategik. Pg mana2 pon leh jalan kaki
Menara taming sari
Tiket rega rm10 dgn mykad. Xde mykad rm20. Dlm byk2 tempat yg aku gi..tmpt ni paling skema. Nk beli tiket kena tunjuk mykad. Perghh. Dh tu kerek semacam je awek yg jge kaunter. Tempat lain smua xmintak ic sbb xkan la xleh cam warganegara seniri kot.  Rupe aku cam mix bugis + belanda kot, sbb tu insist nk ic.hehe



Melaka river cruise

Yang ni view dr bot yg aku naik. Malam view mmg cantik. Kiri kanan dinding penuh mural,mnyelusuri pulak kg morten,salah satu tempat tarikan kt Melaka. Mmg ohsem. Rega tiket? Aku kira berbaloi rm10.60 untuk 40min pusing2 sekitar sungai Melaka tu. Puas la amik angin. Tp harga tu untuk weekday je. Weekend,harga lain. Kalo x silap rm15.90 perhead. Mahal skit.


Napak x makanan tu? Gigih kami cari umbai ikan bakar kt mna. Tnya kt sesapa pon semua jwb ikan bkar kt umbai best. Maka, mencari jugak kami jln utk kesana. Hasilnya spt di atas. Hehe. Tp nk habaq mai siap2. Xdak ratoih2, jgn la masuk umbai ni. Rasa mcm nk patah balik kalo tgok rega dia,tp disebbkn dh jauh dtg..telan jela..nasib masakn boleh tahan. One thing,kt ctu mmg byk kedai..semua pon masak bnda yg sama..nasib kitala dpt yg sedap ke tdk. Ada kedai femes,ujung jln btoi2 ngadap laut..tp rega mmg pitam kalo tgok. Utk makanan di atas, rm60++. Sekor siakap masak 2 jenis- masak 3 rasa dan bakar bersambal.cencaru bakar biasa. Sekor ketam besar masak sambal, kailan ikan masin. Okay kot dgn hrga tu.Tu pon aku amik hat kecik2 je semua..sbb mkn b2 je. Masing2 perot comey.huhu


Ni tgh lepak sat utk hilangkan penat. Kena hati2 kt cni..sbb org cni mcm2 cara dorg buat duit. Ada sorg uncle ni,kemain ramah giler ngan kami b2..rupa2nya ada agenda. Nk paw duit dr kami. Tp die mtk xbyk cuma rm2. Tp masa tu..mmg aku & asben xde duit kecik. Last2 die blah mcm tu je. Kesian lak aku ngan uncle tu. Seyes, kalo ada syiling pon,aku leh kasi die,tp mmg xde. Cane tu? Sorry ye uncle, anggap jela xde rezki.

Beca Melaka

Teringin sangat nak naik beca pusing melaka. Lepas pujuk encik asben..die pon stuju. Tula beca kami. Amacam? Ada mcm citer penarik beca x? Azizah & amran. Hehe. Kos rm50 utk satu jam. Pusing dlm 12 tempat. Rm25 utk 4 tempt. Aku amik yg pilihan kedua tu. Rupa2nya,4 tempat tu semuanya dekat2. Buang masa je rasa naik beca. Dhla berenti setakat 10min je utk bergmbo.ishhh.xpuas lgsung. Tp xpe,sekurang2nya dh merasa naik beca.weeee:)


Wednesday, September 9, 2015

free gift!

Bismillahirrahmanirrahim
Arini baru ada feel nk kemas beg yg aku bwk dr kg. Dh baper ari ku bia berlonggok je..pnyakit M kalo dh dtg,mmg mcm tu la.hehe. Sedeh plak rasa hati bila bukak beg,tarik baju,semua baju preggy. Ada yg xpakai pon lg,beli masa nk raya ritu. Aku amik baju tu..aku lipat kemas2, pastu masukkan dlm plastik. Ikat. Barang yg dilepas,jgn dikenang. Tggu kalo ada rzki lg,aku bukak plastik tu semula.In sha allah.

Free gift:)
Kelmarin,bukk jer peti surat,tgok company drypers ade antar free gift.waaaaaa.nangis. Masa preggy aritu,smpatlah aku gi ke website die utk mohon sample pampers. Kalo korg nk jugak,cer try kat www.drypers.com.my X sangka ada feedback dr dorg,tp dorg x kasi pampers cuma bg hand towel cer.
Okla tu. Stok pampers abeh dh kot. Dorg pon cam tau2 je,kalo bg pampers,sape nk pakai? Hand towel kalu,buleh jugak wat lap2 ingus.hehe.Byk company aku try mtk aritu..so far stkat ni,yg ni jela yg bg fedbek. Drypers ni pemurah..aku notice,dlm byk2 brand pampers..hat ni yg bg reasonable price..hat lain tu mahal kemain.
Dan dlm kadaan skrg,aku xharap pon company2 lain tu reply emel aku..atau bagi aku free gift. Sipan je pampers korang utk bby2 lain,yg lebih mmerlukan




Tuesday, September 8, 2015

TCA IJN

Assalamualaikum
TCA IJN
Arini nkk citer sket pasal IJN smlm. Jantung aku slalu bdebor. Xkira masa. Kdg2 tgh rest pon boleh jdi. Kalo stress, penat lagila jantung aku 'berjoget2'.Smlm untuk kali kedua dlm tempoh 2 tahun, aku jumpa doc Azlan Hussin,pakar electrophysiologist. Doc ckp,ecg aku semuanya normal walau heart rate aku cecah 170/min. Cuma bila aku preggy multiple pregnancy aritu yg dia risau sikit. Doc xboleh nk buat apa. Sbb ecg yg aku bawak smuanya napak normal.Start ubat pon tdk sbb dia xtahu ubat mana yg sesuai dgn aku. Cuma dia bg cadangan nk tanam sumthing kat jantung aku so that,bnda tu boleh monitor. Tp disbbkan die ckp kadaan aku ni xbahaya,cuma bila bdebar tu akan buatkan aaku letih,maka aku dan asben sebulat suara menolak cadangan dia tu. Kiranya dh xde appt dgn dia,sehinggalah aku pregnant balik,baru dia akn tgok kadaan aku. Aku hrap lepas ni xde dh la masalah jantung debor ni. Sbb kalo die attack..walo xbahaya,tp satu keje pon xleh buat.hurm.

Monday, September 7, 2015

welcome back home!!

Bismillahirrahmanirrahim
Allah..penatnye.Baru sempat ngadap belog. Dok kemas umah. Fenin tgok umah. Baru sebulan lebih tggalkan umah. Alahai,rumahku syurgaku. Rasa nk demam urat dok setelkan keje umah. Lega..akhirnya dpt jugak duduk. Jap lg kalo tdo ni kompem kalo org bom pon xsedor. Huhu

Welkam bek home!
Semalam bertolak dr taiping 10mlm..ngam2 masuk tol putrajaya 2 pg. Kemain terbang asben bwk kete. Aku?cam besa,halfway,lena diulit intan. Hehe. Rindu nk jumpa pnjaga umah aku merangkap best freng aku. Sapai je umah,tercogok dh dorg tggu. Hehe. Rindunye kt kome. Sebulan lebih xjumpe! Hurm,biasanye kalo sapai dr kg, kompem la xdpt lelapkan mata.
Lepas solat subuh, barula dpt lena sat,tu pon kelam kabut bgun sbb nk gi appt IJN lak. Cite pasal IJN,sok aku sambung..sbb aku sgt mngantukkkk. Harap dpt mimpi yv indah2 mlm ni..nite gais...

Nampak x brg2 dr kg?ni yg dlm gmbo je,xmasuk brg kt tgn lg.hehe.petai tu yg xtahan tu. Kasi interprem jugak. 

Tompok a.k.a topok
-Senior citizen-

Loyim

Debab a.k.a abam sado

Depa ni la penjaga umah aku:)
**They are my prengggg**
Luv u gais


Saturday, September 5, 2015

ziarah pusara tersayang😊


 Esok nk balik kl dh. Alhamdulillah dpt jugak ziarah pusara anak3 syurga aku jap ni td. Pusara syg3 smua dh mula subur dgn rumput. Maafkan ibu yer syg sbb baru hari ni dpt jenguk syg3 semua. Td ibu dgn abah dh buang separuh rumput tu..nati ibu dtg lg, ibu bersihkan yer. Nati ibu letak batu nisan, hias tempat tdo syg3 bg cantik2. Hurm..Tanpa setitik airmata,aku berdoa moga berjumpa dgn mereka satu masa nanti. Tnpa airmata,bukan bermakna aku lupa. Bukan bermakna aku xsyg. Bukan bermakna aku x rindu. Tp itulah makna kekuatan. Kalo empangan kekuatan aku pecah,maka mungkin terhambur jugak air mata ni. Tp Alhmdulillah, kekuatan aku pon dtg dariNYA. Semua pon dariNYA. Aku belajar sesuatu dr mereka. Kasih syg sesama insan,setakat hnya didunia..kasih syg illahi bawa pergi sampai mati. Sesyg mcm mana pon kita pd mereka,jika DIA berkehendakkan,maka DIA akn ambil tnpa isyarat. Akan tarik tanpa alamat. Siapalah kita untuk menyekat. Redha bhawa ini suatu rahmat. Ibu sayang kamu semua,walau kita tidak di dunia sekali.semoga kasih syg kita bertaut di sana nanti!
Terima kasih ya rabbi kerana kurniakan mereka buat diriku ini..
Walau sekejap cuma,
cukup buatku bahagia
Walau seketika sgt bermakna
Walau pinjamanmu tidak lama,
Ianya sgt berharga
Akan aku kenang sampai bila2
Kerna sesungguhnya
Kasih syg antara kami bawa hingga ke syurga

Encik asben curik2 amik gmbo dr dlm keta. Masa ni nk balik dh. Rasa cam  xnk balik je


-Sayang ibu-
Muhammad wildan
Nur nawar jannah
Nur naurah raudhah

Wednesday, September 2, 2015

merdeka! yeay!!

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam merdeka
Dengan ini di maklumkan, aku dh pon merdeka.yeay! Dh 44hari dh! No more tungku. No more param. No more bengkung. Pasni boleh berlari dh. Huhu. Badan dh back to normal, kalo org tgok pon,kompem xcaye aku beranak 3. Alhamdulillah..aku dh melalui fasa getir ni dgn penuh kekuatan. Tengs tu pantang's crew..esp tu my beloved mom, my SIL, my along,yg xjemu2 layan aku masa pantang. Yela,tgh pantangkn byk sgt dugaan emosi.syukur fasa ini berlalu dgn tenang.
Sok lusa aku nk balik KL dh. I must hv missed diz moment. Rindu nk bau2 busuk barang pantang. Rindu nk dgr mak bebel2. Heee. Ni kalo mak aku bce, mati aku.syhhhh. Jgn pecah rahsia,ok? :)


Selamat tinggal tali pembentan-antara kita dh xde pape lg. Akn aku sipan kenangan kau dan aku