Monday, November 16, 2015

HEPI ANIBERSERI!!

 Hari ni 16/11/2015- alhamdulillah, genap 3 taun dah aku hidup dgn orang paling asing dalam diri aku. 3 taun yang sudah, bangun tdo je rasa pelik je ada sesuatu di tepi. Tp la ni dh lali. huhu. Suka dan duka bersama selama 3 tahun. Aku  terima dirinya seadanya, Begitu juga dia. Dan aku harap..perjanjian ini sehingga ke jannah. Aku mohon agar kasih sayang ini akan di sulami gelak tawa anak kecil suatu hari nanti. In sha allah. Aku xreti celebrate.Aku xreti sambut anniversary ni. Dan kami bukan jenis mcm tu. Mujur ingat pon dh kira baik dh. Sempoi x? hahah. Syhh..permintaan aku xbyk cuma mahu kasih syg ni berpjgan..kekuatan demi kekuatan kerana setiap hubungan semestinya punya dugaan.

********

Monday, October 26, 2015

renang berirama

Assalamualaikum
Semalam. Off day. Asben pon offf. Sempat la gi swimming. Dh lama xgi. Pi dgn kakak,anak buah & abg ipa. Dulu rm4..rendam laa berapa lama pun. La ni harga dah naik + gst lak. Rm 5.30. Adoih. Pastu masa renang pon pendek. Tp weolls ok jer. Dulu selalu pg sbb join swimming class. La ni dh boleh la swim sikit2. Cuma tempat dlm jer xlepas lg. Hehe. Xpela,slow2. Nk tepek pic byk2..tp semua pic kt kamera abg ipa. Ni jer yg ade dlm hp aku. Ngehngehngeh.

Setenang air dikali






Wednesday, October 21, 2015

1st day keja!!

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. 1st day kerja berlalu dgn lancar. Cuma rasa kekok sket sbb dh lama xkeja. Masa preggy aritu pon, hnya buat keja 'blkg tabir'. Lite duty. Rasa blur sat td. Haha. Hurm..aku xkisah kalo org tnya2..Aku akn jawab.  Bg aku,
Mereka sungguh istimewa. Kenapa? Ramai kawan2 & sepupu2 yg preggy, semusim dgn aku. Dalam byk2 kelahiran..Allah memilih ank³ aku,mereka³ itu. Tidak anak yg lain. Tidak dr mereka yg lain. Kenapa? Walhal,anak aku,cuma anak biasa. Dr seorg wanita yg biasa. Dr perot yg biasa. Mengapa ujiannya terlalu luar biasa? Kerana..untuk melhirkan sesuatu yg luar biasa, fasa yang dilalui bukan biasa2. Untuk menyiapkan diri mjdi luar biasa, ujiannya jugak MashaAllah biasanya. Jd disebalik ujian demi ujian itu,sebenarnya Allah mahu jdkan aku, sesuatu yang luar biasa dr yang terbiasa. Itu aku mmg pasti. Cuma aku tak tahu. Caturan DIA. Pilihan DIA. rancangan DIA. Semua atas DIA. Aku? Aku cuma bermohon pdNYA..supaya dipermudhkan urusan untuk menempuh alam luar biasa..

Monday, October 19, 2015

tak nak lalui hari esok

  • Assalamualaikum

Pejam celik, Pejam celik, esok nk masuk keje dh rupenye. Mampu ke aku nk berdepan dgn orang yang pernah semusim preggy dgn aku? Aku xkisah kalo ada yg bertanya itu,ini..lumrah. Sbb manusia,mmg di ciptakan utk mmpunyai perasaan ingin tahu. Tp yg pling aku takot, aku nk berdepan dgn kwn2 yg preggy semusim dgn aku. Cemana nk hadap dorg yg terboyot2 bwk perot? Mcm mana?mcam mana nk elak dr berfikir..dalam berbelas2 org kawan aku yg mngandung ni,cuma anak aku pilihan DIA.  Mcm mana aku nk pujuk hati aku? Aku x tahu,samada aku mmpu hadapinye atau tdk. Sungguh aku rasa lemah. Kalo aku byk duit..rasa mcm nk bnti keje je. Xnk hadapi dunia luar. Tp tulah..aku ni cuma netizen biasa. Kerja itu perlu demi kelangsungan hidup. Jd, berbalik pd DIA. DIA tahu semua jawapan yang aku perlukan.  Hurm..aku harap esok aku lapor diri, segala2nya berjln lancar..dan plig penting mereka dpt kotakan janji. Janji apa? Xperlu aku nyatakan. Cukup sekadar aku yg tahu..kerbau diikat pd tali,manusia diikat pd jnji.

Sunday, October 18, 2015

cameron

Assalamualaikum
Aritu sempat gi cameron ngan family abg ipa. Sje jalan2 amik angin. Rasanya last pg cameron taun lepas..mmg byk la perubahan. Tp aku rasa sejuk tu dh makin kurang walaupun aku pg masa ni time ujan,sbb dh byk pembangunan di sana. Byk bukit dh di tarah. Masa pegi baru2 ni,aku dok kt hotel kea valley. Best hotel ni,sbb bawah tu, sepjg jalannye pasar. Tumpuan tourist utk beli stoberi dll. Kt situ aku borong sayur je. Pastu kami pgi pasar, dekat area tapak pasar mlm tu.Pergi cameron kali ni xbyk singgah sgt..sbb jalan jammed gilos. Pastu ujan2 plak. Pg hat mana dan jer. Otw balik sempat lepak minum teh tarik dkt satu kedai ni. Xtau nama apa..main masuk je. Mcm2 ade jual. Konsep kdai dlm taman. Sambil lepak, boleh belek2 pokok2 yg dijual. Lepas dr lepak,nyinggah lavender farm. Farm ni baru je bukak. Setahun dh kot. Tiket masuk adult rm6. Budak2, xingat caj berapa. Sapa yg suka,gila bunga. Ni la tmpatnye. Layan jer dok dlm tu. Hehe.
Kat lavender farm. Jln ngan buah hati
Bunga ni asben petik. Sekuntum singgit. Tp lepas petik dia nk buang. Haish. Nakal giler. Sbb tau niat dia yg terpesong tu,maka aku amik dan terus bayar. 


Ni abg ipar aku. Single available lgi. Ada iras asben aku. Nama pon adik bradik kan? Mestila sama

Pinjam anak org sat:) aiman di tgh2. Aiman x kesah


Yeay!! Setelah bertahun kawen..baru 1st time dpt vunge dr encik asbemmmm. Xpa. Walau dia xmcm somi org lain yg bg bunga tetiap mggu..dia tetap di hati. Jgn muntah ijo ok?! Harharhar










KENDURI KENDARA

Assalamualaikum
Dh pukul 3.30am. Mata x dapat lelap lagi. Sakit perot pun iye. Dysmenorrhea. Jenuh sapu minyak angin mak esah bg td. Makasih mak. Td balik kg belah asben sebab ada knduri. Mak tau aku sakit perot, pastu mak kasi minyak angin 'cap panda'. Hehe. Berangin jer rasa.
Dh lama xupdate blog. Rindu rasa nk berbelog..leceh sbb nk kna update kt hp..laptop mmg dh lama x bukak. Laptop tu bukak bila nk sipan gmba jer. Huhu.
Aktiviti hri ni..dr pg sapai ke tgh mlm..aku merayap. Tghari td pi umah mak esah,sbb ada knduri kesyukuran..pi tolong apa yg ptut. Lepas tu ptg,bertolak ke kulim pulak,pi umah kak ipa. Lama lepak umah kak ipa td..dr ptg mmbawa sapai ke tgh mlm. Penat. Mmg penat. Dgn perot sakit lgi. Sehari suntuk pi umah org..bdn plak kotor..dh bau panda jer sbb asik sapu minyak angin cap panda. Huhu. Okayla..nak velanje pic kenduri td. Jempot tgok.


Sessi tapau menapau-perkara biasa
Rugi ooiiii sapa xreti mkan bnda ni

Selingan -sebab mak esah & abah din ada bela kamben jugok





Friday, October 9, 2015

fidyah

Assalamualaikum
Semalam,aku sempat ke pusat pungutan zakat untuk membayar fidyah. Fidyah, sbb masa preggy aritu,aku x puasa selama 12 hari. Kira hebat la jugak tu kan. Hehe. Aku xpenah berurusan dekat ppz ni..dan xtahu kiraan sebenar fidyah ni mcm mana. So PPZ kt presint 15 tu,mmg highly recommended! Staff sgt frenly..describe satu persatu sapai kita phm. Staff tu tnya memula kat aku..tak puasa masa mngandung ada 2 sbb; 
1) sbb risaukan baby 
2) sbb xlarat
Aku kata,sehari tu mmg risaukan bby..permulaan puasa tu..tp selebih lagi 11 ari tu sbb aku mmg xlarat. Bwk 3. Jantung plak asik joget2.keje lagi time tu. Mmg xkan boleh full la.
So,di pendekkan citer,officer tu kate,cuma sehari yg risaukan bby tu je kena fidyah..yg lain tu xperlu..tp dgn syarat,mesti wajib ganti sebelum masuk ramadhan 2016..begitulah citernye. So,sehari yg kena fidyah tu cuma rm 1.80. Tp aku genapkan bayar rm2 je teros. Murah je fidyah ni rupanya. Tp ekceli dia ada formula tersendiri. Nati kalo pg sana,dorg akan cerita.Pjg lg la aku berbual dgn die. Sbb aku tgok xde customer lain, jd aku tnyakan ttg fidyah pd yg meninggal..sbb aku teringat pasal ayah aku..
Mmg byk la dia explain. Rasa mcm zero noeledge bla dgr dia explain. Yela xbyk yg kita tau ttg fidyah dan zakat. Yg kita tau baya zakat bila nk raya..zakat gaji..zakat emas. Tau pun camtu2 je. Tp sebenarnya zakat ni, tujuannya untuk mnyucikan harta. Harta kalo dh berlebih2 sgt tu zakat la..berkat sikit yer dak?

Formula fidyah
Rm1.80 x hari x ramadhan

*hari=berapa hari yg tggal
* ramadhan= berapa ramadhan yg kita skip
      

Monday, September 28, 2015

mencari DIA

Assalamualaikum
Dari td aku terjaga.kelipok2 bijik mata ni ha,xboleh tdo. Xsuka bila tdo dlm kadaan xbersedia. Sebenarnya sblm ttdo td,aku nk mandi,nk solat..tp sbb terlalu letih sbb bjalan,maka tertidurlah aku dlm kadaan xbersedia. Mujurla terjaga..lebih molek lg terjaga pd 2/3 malam. Boleh solat sunat extra:) ckp bab solat, aku tanam dlm hati,nk buat solat sunat tu mcm solat fardu. Setakat ni..alhamdulillah..aku dh mula didik diri utk solat sunat. Berat. Mmg berat. Xtipu. Kita ni manusia biasa..sedangkan yg fardu pon kdg2 kita mngeluh,apatah lg yg sunat.Tp sebenarnya..sunat ni la yg bnyak menampung cacat cela solat fardu kita.
Ambil wudhu xsampai 2min. Solat xsampai 10min..tp itupon susah. Nk yg baik2 je. Xnk neraka,nk syurga..tp amalan?kelaut semua. Cemana tu? Nk umo pjg. Nk murah rezki. Nk jd kaya. Nak itu. Nak ini. Tp kita lupa cari Allah. Nk bnda2 tu terbentang depan mata..sedangkn bnda2 mcm tu,kita kena mtk pd DIA. Haihla. Bertahun kita hidup..umo pon dh dekat sedekad..cuba tgok apa amalan kita? Sedihkan? Mati anytime. Masa mati tu xtaula cemana kadaan kita. Kita dipilih Allah utk hidup atas muka bumi ni. Sbb apa Allah pilih kita? Bukan sja2 nk pilih tau. Sbb Allah nk uji. Hidup pun ujian sebenarnya. Allah nk tgok sejauhmana iman kita. Sejauh mana kita mampu kembali kepadaNya setelah apa yg diberikan kepada kita selama ni. Jd gunakan masa yg ada, utk dekatkan diri pdNYA. Jd, jomla kita muhasabah diri. Masing2 ada ujian tersendiri. Tp berbaliklah kita pd DIA. DIA lebih mengetahui apa yg berlaku. Lgi kita dekat..lagi kita berlari pd DIA..dia lgi semakin menghampiri kita. Subhanallah. Semoga tulisan ini, beri peringatan pd diriku sendiri dan pd yg lain jugak. Wallahualam.


Friday, September 25, 2015

luahan perasaan..

Assalamualaikum

Berlari aku. Terus berlari.
Berlari mencari sesuatu yg xpasti
Jgn ditoleh kebelakang lagi
Kedepan kita membawa diri
Walau ditoreh sapai berdarah..ianya hanya kenangan yg indah..

Berlari aku. Terus berlari.
Mencari tempat memaksikan diri. Di suatu sudut tegak terpatri 
Jiwa penat. Hati tenat. Badan berat. Rasa x larat. Hilang kudrat.
Susah utk di luah. Sukar utk ditelah. Bagaimana harus dicelah? Setelah jiwa hampir musnah. Punah ranah.

Tak mudah tanam harapan
Bukan senang bina impian
Takot..takot ianya mengecewakn
Hanya sekadar angan2 dan igauan
Ngeri jika ianya cuma byg2 gurauan

Dikelilingi bunga yg segar
Aku di sini bagaikan terpagar
Mestikah aku gusar?
Gusar dgn ujian yg acapkali melewar

Aku?
Mungkin tabah
Xpernah tunduk dgn kalah
Aku cuba buat2 gagah
Berlakon tidak nampak lemah
Walhal sebenarnya lelah..

Gmbar selingan..pinjam ank org sat. *Masa kenduri qiqah aritu-bam2 ngaddddd*




Thursday, September 24, 2015

RAYA AIDILADHA

Bismillahirahmanirrahim
Assaalamualaaikum

Buat semua kengkawan..selamat hari raya aidiladha. Pg2 td gi mesejid soltan mizan..solat raya ngan cik uni. Cik uni ni bff mak aku masa mak aku dok ngan aku kt cni. So,disbbkan encik asben keje arini,maka aku tumpang keta cik uni jela pi mesejid nu. Sempat berselpie sat. Huhu.
Me & cik uni
Wefie slps balik solat. Sian org tu raya pakai unipom;)





Wednesday, September 23, 2015

Mancing!! weeeee!

Assalamualaikum
Org lain dok sibuk prepare nk raya esok..aku plak baik pnye teman asben aku gi mancing. Sedeh woo xbalik raya. Xpala,itu pilihan aku. Aku boleh balik sebenarnya, tp aku masih trauma apa yg jd masa raya puasa tempoh hari. Kebetulan sok,asben aku plak keje. Jd sbgai isteri solehah,aku kena berada disamping dia,kan?ececeh. Solehah ngadddd. Hehe. Ni pic2 tempt mancing ni ha. Semua jejantan. Aku sorg je ayu. Hehe. Asben aku kaki mancing. Tgn dia mmg luck. Sentiasa je bwk balik ikan beso kalo mancing. Tp since aku preggy,aku mmg sekat giler hobi die yg satu ni. Nehi. Nehi. Tp lepas dh xde mnde,dh berdua balik ni..ok,aku bg die continue semula hobi die. Sian dh lama xpraktik..tgn dh ilang skill.hehe. Dr aritu mancing,sekor pon xsangkut..arini xtaula apa nasib. Dh masuk 2 jam..yelek pocik. Kesimpulan aku, sapa yg mancing, tahap kesabaran mmg power walaupon dia bkn jenih yg penyabar. Haha

Bertahun kawen..ni 1st time hakak ikut asben gi mancing. Sja tgok btoi ka dia mancing. Hehe

Taraaaaa! Finally, Mngsa pertama setelah hampir 3 jam tercogok. Beso ikan ni. Tgh pikir nk masak ape.


CERITA SEMALAM
Cerita semalam mungkin related dgn cerita hari ini. Semlm aku deal ngan asben..kalo die teman aku tgok muvee,maka aku akan teman dia utk gi mancing. Maka,di pendekkan citer, smlm die teman la aku ke tgok muvee. Ni peberet aku. Kesukaan kami sgt bercanggah,kan? Lgsung xseia ,lgsung xsekata. Haha. Maka yg brlaku hari ini,adalah disebabkan jnji aku smlm tu la. Smlm aku tgok maze runner. Masa maze runner yg pertama,gigih aku pi tgok muvee tu sorg2. Yg maze kedua ni,jenuh aku pujuk asben,temankan aku tgok muvee..nasib aku ade idea,terpaksa wat deal mcm tu la.Hehe. Semlm nk hadpate belog, x sempat..jd aku combine arini ngan semlm. Okeyla tu. Tiket muvee..kussemangat..pitam jap. Adik konter tu ckp,kalo citer box opis,mmg mahal. Layan jela..
SelP sket. Lepas tgok muvee ngeteh sat






Monday, September 21, 2015

fettuccini carbonara

Assalamualaikum

Arini encik asben keje 24H..so,kemalasan nk masak melanda diri. Alah,setakat tekak seniri,apedehal. Maka aku pon mula la godek2 peti ais,tgok menu bujang mnde yg aku nk masak. Ok..aku decide nk buat fettuccine carbonara. Xpenah buat. Tp penah makan sekali. Makan kt hotel mane tah,lame dulu. Chef masak mmg le sedap.hehe. aku jrg masak western,stakat burger tu adelah aku buat. Hehe. Naaaa...amik resepi kt bawah ni.kot2 ade yg terhinginnnnnnn kang..

Kompem la jd sbb instant..cuma tmbah bnda yg perlu je. Hopefully ianye sedap laaaaa.


Nampak je xbest..tp mabelessssss oo

Ok. Dh selamat masuk perot. Wow.not bad air tgn aku. Haha-asben xde,tgh keje,maka puji diri seniri la..
Rugi sapa x terai. Spaghetti xde, tp aku gantikan dgn makaroni.eleh,kita buat die,bukan die wat kite. Campak je la yg mana ada tu..
Ni ha resepinye:-

Fettuccini carbonara
3 ulas bwg putih-tumbuk halus
1 biji bawang holland-potong dadu
Sedikit daun pasley @ daun sup-dihiris
Capsicum @ lada benggala
Isi ayam atau sosej

Cara-cara
1)Tumis bawang putih dan bawang holland hingga naik bau
2) sosej atau isi ayam
3) masukkan daun pasley
4) masukkan PREGO CARBONARA
5) sedikit air,lada sulah, garam
6) last skali,capsicum
7) siap!! Sdia utk makan.nyummy2







Friday, September 18, 2015

Down satt:'(

Bismillahirrahmanirrahim
Dari semalam terbawak sapai arini..down jer rasa:( Allah...xsuka nye perasaan mcm ni. Ingat dh ok,tp tulah..bnda melibatkan perasaan,empunya badan sendiri pon xleh jawab. Bkn apa..aku tgok ramai sgt retis la apa la, dok upload pasal bsalin. Veranak bagai. Tu belom masuk yg sarat. Upload mcm2. Sedeh. Rasa nk nangehhhh. Cemana aku nk berhadapan dgn dunia lua. Setakat ni masih 'zon selamat' sbb masih terperuk di rumah. Xtahu bila stat kerja sok. Cemana aku nak lalui?? Hurmm..tupon sehingga takat ni,dh dpt undangn aqiqah dr bberapa sedara mara. Sabar. Kuat. Xsemua dpt ujian. Yg terpilih je. Ingat tu?!

MIMPI
Aku rasa down..sehinggakn malam td, aku termimpi2 bunuh cicak. Tp apa kaitan cicak dgn perasaan aku tu? X related lgsung. Haha! Tp tulah..jenuh gugel pg ni,mksud mimpi aku. Tp x dpt mksud yg spesifik,cuma ertinya lebih kpd baik2 je la. Ok la tu. Nak caya sgt pon xboleh, sbb org kate mimpikan mainan syaitan? Tp kalo betol yg baik2 je,alhamdulillah..

Tuesday, September 15, 2015

perkongsian isu semasa

Assalamualaikum

Fresh dari ladang-baru sat ni snap. View dr balcony umah IPU cecah 158

Gmbar semalam 14/9/2015

Nk kua beli barang pon pikir 10x dgn kadaan mcm ni. Asben aku pon dh mula sakit tekak. Sesape yg nk kua,di harap agar memakai mask. Sayangi paru2 anda. Untung murid dpt cuti. cikgu pun dpt cuti. Cuti sebulan pon xpe,xde spe kisah. Tp boleh bygkan x, kalo semua spital cuti sehari? Sehari je. Xyah lame2. Ape jd ek? Hehe. Pikirla seniri. Mls nk pikir.

Ujian



Jumaat lepas negara dikejutkan dgn insiden runtuhan kren di mekah almukaramah..setakat ni 5 mgsa dr mesia terkorban. Lg dua masih dlm pencarian. Innalillahiwainailaihirojiun. Sungguh besar ujian buat keluarga terlibat. Aku harap mereka semua kuat. Sabar redha-->ganjarannye sangat besar seperti perkongsian ustazah yasmin mogahed
Allah xkan bg bnda yang xbaik pd umatNYA,melainkan bnda yang baik2 shj. Untuk kita yg beriman,kita xkan bersangka buruk pd keputusan Allah. Tidak akan marah, dan tidak akan pertikaikan..jugak tidak akan mnyebut.. "why me?!" 
Mcm mana nk bezakan antara ianya hukuman atau rahmat? Blessing or punishment? It depends on our respons. 
Kalo tindakbalas kita sabar dan redha,itu adalah rahmat. Begitulah jugak sebaliknya. Jika kita marah2 dgn apa yg berlaku..ianya sebenarnya hukuman utk kita.
It may not easy for us. We're struggling. Allah rewards for that. For the struggle. Remember that.
So..for those yg dipilih utk terima ujian Allah..sabar dan redha is the key. Allah wants to put us in the highest level. MashaAllah.







Monday, September 14, 2015

MELAKA PART 2


MELAKA
PART 2

Kami ada jugak singgah di dataran pahlawan,megamall melaka. Pi sana pon sbb nk cari manopod. Terlupa pulak nk bwk monopod. Jd,singgahlah kejap kt ctu. Nk tgok cemana rupe mall tu,gugel la seniri. Aku pon masuk xlame. Jumpe je..tros keluar,xtoleh kiri kanan dh.hihi.

Petang tu sambil2 jln..tnya org pulak kt mana jonker walk. Xjauh rupanya dr bngunan merah tu. Masa kami pegi..petang khamis. Cuma ada deretan kedai. Mlm weekend, baru ada jual2 mcm pasar mlm tu. Xsempat la aku pegi sbb nk balik dh. Tp kalo tgok gugel..mmg meriah. Pon xsnap gmba. Xlarat la nk snap. Byk sgt dh gmbo.hehe

Asam pedas claypot @ kota laksamana

Bangunan merah @ stadthyus view dari surau warisan


Kota a famosa

View dari atas -gigih aku panjat tangga tu tau


Kota sejarah..kota yang banyak kucing. Semua kucing2 kat ctu frenly dan xtakot org


StreetArt

Penunggu tangga a famosa

Galeri Rumah terbalik

Kemain aku pusing nek keta ngan asben,cari umah terbalik ni,rupanya belakang hotel kami jer. Ni pun masa nk balik dh,baru perasan. Selak curtain,napak dh. Pic ni aku amik dr tingkap bilik je. Hehe. Tp kami xsempat pgi. Tgoklah. Next time,kalo ada rezki..boleh la pg.
Pantai klebang

Sebelum balik,kami sempt singgah di Pantai Klebang. Napak sunyi. Mungkin sbb weekday plus plak jerebu. Jerebu mmg teruk. Pic atas ni,aku cuma snap dr dlm keta. Bas tu semua hotel. Teringin plak rasa tido dlm BUSTEL

KESIMPULAN
Kesimpulannya..percutian setakat 2hri 1 mlm,mmg x cukup. Xsempat nk pusing semua. Kt sana mmg byk tempat yg menarik. Pling best semua dekat2. Ada byk muzium. Ada muzium setem,muzium rakyat,muzium senibina,muzium islam muzium kapal selam,muzium samudera & byk lgi la. Sana pon byk kucem. Dhle asben aku ni cat luver. Dlm beg dh siap simpan wiskas. Pantang jumpe kucem,bnti kasi makan. Apepon mmg aku enjoyed vacation ni, tp sorry la..pada sesape yg tau aku gi melaka tu, ckp siap2,mmg xde souvenir utk korg.  Sbb mmg xbeli ape,niat hati ade jugak nk beli velacan ke,cencalok ke..tp asben ckp xyah beli dulu -bunyinye mcm akan dtg lg je ke situ .hehe. in sha allah. 
Tp maaflah..xleh nk update beria sgt. Maklumlah.. Update sumer via hp. Payah oo nk ejas. Oklah..semoga perkongsian dr aku mmbantu pd sesapa yg masih tercari2 nk holiday di mana.
Wassalam....




















Sunday, September 13, 2015

MELAKA PART 1



MELAKA
PART 1
Hari khamis kelmarin, aku ngan asben bertolak subuh2 ke Melaka,kota bersejarah. Sja pegi sana,cari ketenangan. Jalan2. Pusing2. Makan angin. Jom layan bberapa pic yg aku smpat snap.

Masa ni otw gi sana. g pon gamble je. Nasib mr wave,map, gugel ada. Nasib x sesat.hehe

Muzium samudera

Tempat pertama aku pg, Tiket price rm5 for adult yg ada mykad. Sapa minat sejarah bab2 perdagangan melaka,nilah tempatnye. Aku xsuke bce. Sekadar tgok dan amik2 gmbo je. Nway, napak mcm suwit kapel x gmbo ateh tu?


Asam pedas selera kampung
Pic-ihsan dr gugel.xsempat snap sbb dh lapo sgt.hehe

Ni antara kedai makan yg pemes kt sana. Kedai tu mmg dh sediakan lauk sepinggan2 siap2. Pilih je menu ape yg korang nk. Aritu aku amik kcg pjg goreng,ulaman dan asam pedas jenahak. Lauk asben pulak hnye masak lemak siput sedut. Total rm34++,including gst. Masakan? Sedap gak.



Hotel seri costa
Sini la kami lepak
Felda punye hotel. Not bad. Tgh2 bandar.
Strategik. Pg mana2 pon leh jalan kaki
Menara taming sari
Tiket rega rm10 dgn mykad. Xde mykad rm20. Dlm byk2 tempat yg aku gi..tmpt ni paling skema. Nk beli tiket kena tunjuk mykad. Perghh. Dh tu kerek semacam je awek yg jge kaunter. Tempat lain smua xmintak ic sbb xkan la xleh cam warganegara seniri kot.  Rupe aku cam mix bugis + belanda kot, sbb tu insist nk ic.hehe



Melaka river cruise

Yang ni view dr bot yg aku naik. Malam view mmg cantik. Kiri kanan dinding penuh mural,mnyelusuri pulak kg morten,salah satu tempat tarikan kt Melaka. Mmg ohsem. Rega tiket? Aku kira berbaloi rm10.60 untuk 40min pusing2 sekitar sungai Melaka tu. Puas la amik angin. Tp harga tu untuk weekday je. Weekend,harga lain. Kalo x silap rm15.90 perhead. Mahal skit.


Napak x makanan tu? Gigih kami cari umbai ikan bakar kt mna. Tnya kt sesapa pon semua jwb ikan bkar kt umbai best. Maka, mencari jugak kami jln utk kesana. Hasilnya spt di atas. Hehe. Tp nk habaq mai siap2. Xdak ratoih2, jgn la masuk umbai ni. Rasa mcm nk patah balik kalo tgok rega dia,tp disebbkn dh jauh dtg..telan jela..nasib masakn boleh tahan. One thing,kt ctu mmg byk kedai..semua pon masak bnda yg sama..nasib kitala dpt yg sedap ke tdk. Ada kedai femes,ujung jln btoi2 ngadap laut..tp rega mmg pitam kalo tgok. Utk makanan di atas, rm60++. Sekor siakap masak 2 jenis- masak 3 rasa dan bakar bersambal.cencaru bakar biasa. Sekor ketam besar masak sambal, kailan ikan masin. Okay kot dgn hrga tu.Tu pon aku amik hat kecik2 je semua..sbb mkn b2 je. Masing2 perot comey.huhu


Ni tgh lepak sat utk hilangkan penat. Kena hati2 kt cni..sbb org cni mcm2 cara dorg buat duit. Ada sorg uncle ni,kemain ramah giler ngan kami b2..rupa2nya ada agenda. Nk paw duit dr kami. Tp die mtk xbyk cuma rm2. Tp masa tu..mmg aku & asben xde duit kecik. Last2 die blah mcm tu je. Kesian lak aku ngan uncle tu. Seyes, kalo ada syiling pon,aku leh kasi die,tp mmg xde. Cane tu? Sorry ye uncle, anggap jela xde rezki.

Beca Melaka

Teringin sangat nak naik beca pusing melaka. Lepas pujuk encik asben..die pon stuju. Tula beca kami. Amacam? Ada mcm citer penarik beca x? Azizah & amran. Hehe. Kos rm50 utk satu jam. Pusing dlm 12 tempat. Rm25 utk 4 tempt. Aku amik yg pilihan kedua tu. Rupa2nya,4 tempat tu semuanya dekat2. Buang masa je rasa naik beca. Dhla berenti setakat 10min je utk bergmbo.ishhh.xpuas lgsung. Tp xpe,sekurang2nya dh merasa naik beca.weeee:)