Thursday, August 13, 2015

parit jerih perjalanan seorang ttcian

Liku2 perjalanan. Pahit jerih kehidupan

Bismillahirahmanirrahim

Bermula sebuah kisah
Tak kusangka boleh dilakar sejarah
Walau brlalu bbrapa bulan yg sudah
Tak ku biar ingatan ku merekah

Hampir sebulan di HUKM terlantar
Antara bernyawa  dan tidak sedar
Paru2 ditebuk, perut di rodok, seluruh tubuh dicucuk2

Derita tak tertanggung lagi
Tak boleh berjalan,xboleh berlari
Hanya mnunggu org mengurus diri. Tidak lagi wangi, tidak lg berseri

Nafas makin semput
Hanya seperti menunggu malaikat maut datang mnjemput
Jika mataku bertaut
Nescaya kasihku pergi bagai diragut

3 tahun menanti. Jawapannya belum tentu pasti.  Sememangnya penantian suatu penyiksaan. Terkadang rasa jua terbeban. Kerana persekitaran yg menekan.

Kehadirannya dinanti, meski penuh rintangan yang dihadapi. Ku kira diriku hampir di jemput illahi, rupanya Allah kirim permata hati untuk di uji.

Alhamdulillah. 
Allah maha mengetahui. Allah juga maha memberi. Ku panjatkan kesyukuran tak henti2, padaMU ya rabbi atas kurniaan 3 rezki, pewaris diri.

Masa semakin pantas berlalu. Pd mereka sering ku mengadu. Rindu benar ingin bertemu. Ingin ku tatap satu persatu. Membesar yer syg ibu! ibu sayang kamu3 selalu♡

Sangat indah masa bersama. Suka dan duka bertukar rasa. Ketawa bersama. Menangis bersama. Waima derita tetapi bahagia, punya 3 nyawa di dalamnya.

Impian ditanam. Harapan di sulam. Sudah lama aku pendam. Semakin lama semakin mencengkam. Makin lama, makin mndalam. Sabar menunggu walau tgn di qiam.

Tiba saat kelahiran. Detik yg aku nanti2kan. Semuanya penuh dgn kejutan. Tidak ku pohon,tp itulah suratan..kehadiran mereka tetap ku alu2kan..walaupun aku tahu mereka xcukup bulan. Dengan penuh keyakinan ku harap mereka bertahan. Walau harapan secebis longgokan.

Tapi kini hanya kenangan. Mereka tinggalkan aku kerna pilihan. Antara syurga dan dunia buatan. Mereka tegar memilih syurga,bermain di taman

Kini aku mnyendiri. Bersama suami setia menemani. Kembali kami berdua lagi. Tidak ku menjauh diri. Tidak jugak meratapi. Yang terjadi tertulis sejak azali.

Tiada lagi golekkannya. Tiada lagi tendangan mereka bertiga. Sungguh aku rindu. Sungguh aku mahu. Mahu seperti dulu. Sepi terasa bila saat2 itu berlalu.

Padamu ya Allah aku pohonkan, supaya diberi kekuatan serta ketenangan. Ampunkan juga segala kekhilafan dan kesilapan. Supaya diriku tak lagi di belenggu penyesalan.

Semoga takdirku di akhiri pelangi
walau hanya sekadar mimpi..
Pergi jauh igauan ngeri..
Jgn dekati diriku lagi


Hat & napkin yg digunakan nawar Jenuh pujuk misi nk mtk bawak balik. Last2 misi bg jugak:)
Xkan ku basuh. Akan aku biar sampai lusuh. Walaupun rapuh, kasih sayangku tetap utuh



                          Ibu yg merindui


4 comments:

  1. Adindaku gee..bertabah ye..

    ReplyDelete
  2. :) sekadar meluahkan perasaan.ketabahan dan kekuatan semua pon dtg drNYA.in sha allah

    ReplyDelete
  3. Sabar sis..Allah lbh mengetahui..

    ReplyDelete